ISLAM memandang kewujudan kepelbagaian kaum dan
bangsa di Malaysia sebagai satu perkara positif berkonsepkan Masyarakat
Madani. Setiap bangsa mempunyai kemahiran dan kepakaran tersendiri yang
boleh dimanfaatkan untuk pembangunan masyarakat dan negara. Perlembagaan Persekutuan telah meletakkan asas yang kukuh berkaitan
bangsa dan agama dengan menjadikan Islam sebagai agama persekutuan dan
penganut agama lain bebas mengamalkannya tanpa paksaan dalam Islam dan
adil untuk semua.
Islam mengajar penganutnya supaya menunaikan amanah dan berlaku
adil terhadap rakyat tanpa mengira kaum dan agama. Kedatangan Islam
disambut oleh penduduk setempat kerana percaya hanya Islam adil untuk
semua sehingga mereka sendiri tidak sanggup berada di bawah pemerintah
yang zalim dari bangsa sendiri
PAS yang berpegang dengan dasar Islam telah berjaya memerintah
Kelantan (1959- 1979, 1990-kini), Terengganu (1959-1963, 1999-2004) dan
Kedah (2008-2013) tanpa diskriminasi kaum, tidak dirobohkan rumah ibadat
bukan Islam dan memberi bantuan secara adil kepada mereka sehingga
berjaya mewujudkan keharmonian masyarakat walaupun bukan Islam hanya
minoriti.
Saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baharu Cina kepada kaum Tionghua dan rakyat negara ini. Marilah kita membina Malaysia yang sejahtera, aman dan makmur.Allah menyatakan dalam Al-Quran:۞إِنَّ ٱللَّهَ يَأۡمُرُكُمۡ أَن تُؤَدُّواْ ٱلۡأَمَٰنَٰتِ إِلَىٰٓ أَهۡلِهَا وَإِذَا حَكَمۡتُم بَيۡنَ ٱلنَّاسِ أَن تَحۡكُمُواْ بِٱلۡعَدۡلِۚ إِنَّ ٱللَّهَ نِعِمَّا يَعِظُكُم بِهِۦٓۗ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ سَمِيعَۢا بَصِيرٗا٥٨النساء.“Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya) dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhan-Nya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat.”
(Surah An-Nisa’: 58)
“ Sejahtera Bersama Islam ”
ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
HARAKAHDAILY
16/2/2018
No comments:
Post a Comment