ISLAM memandang kewujudan kepelbagaian kaum dan
bangsa di Malaysia sebagai satu perkara positif berkonsepkan Masyarakat
Madani. Setiap bangsa mempunyai kemahiran dan kepakaran tersendiri yang
boleh dimanfaatkan untuk pembangunan masyarakat dan negara. Perlembagaan Persekutuan telah meletakkan asas yang kukuh berkaitan
bangsa dan agama dengan menjadikan Islam sebagai agama persekutuan dan
penganut agama lain bebas mengamalkannya tanpa paksaan dalam Islam dan
adil untuk semua.
Perjuangan PAS untuk selamatkan Malaysia
Perjuangan politik PAS bukan sekadar untuk menang di negeri Terengganu dan Kelantan sahaja tetapi bagi menyelamatkan Malaysia. Sehubungan itu, Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata partinya mengambil kira seluruh negeri yang ada di Malaysia.
Menurutnya, pada Pilihan Raya Umum
(PRU) ke-14 ini PAS berusaha untuk bertanding sebanyak 130 kerusi
daripada 222 kerusi parlimen negara. "Maka, kita (PAS) mengambil kira seluruh negeri yang ada di Malaysia, supaya kita mendapat kerusi dengan sebanyak-banyaknya.
GST Punca Poket Rakyat TENAT
Kerajaan
Umno-BN hanya membaca data di atas kertas dan tidak turun kepada rakyat,
sedangkan realiti rakyat sangat menderita dan sebahagiannya terpaksa
ikat perut daripada berbelanja.
Timbalan Presiden PAS, Dato' Tuan
Ibrahim Tuan Man menegaskan, rakyat bertambah derita berpunca dengan kos
hidup yang meningkat serta bebanan Cukai Barangan dan Perkhidmatan
(GST).
Fitnah Modal Pelaris Berita
MEDIA mempunyai peranan yang penting kerana ia merupakan medium penyebaran maklumat yang mampu membentuk pemikiran masyarakat. Ia boleh jadi positif dan boleh juga jadi negatif. Ia boleh memutihkan yang kotor dan boleh menghitamkan yang suci. Saban hari, PAS senantiasa diserang daripada segenap sudut dan penjuru. Antara yang galak menyiar cereka fitnah dan berita spin terhadap PAS ialah portal berita web yang pro Pakatan Harapan (PH). Lihatlah teknik pemberitaan di portal web Malaysiakini, The Malaysian Insight, The Malaymail Online dan Free Malaysia Today.
Subscribe to:
Posts (Atom)