Ceramah Isu Semasa di Kg Budi , Pokok Sena , 24 Ogos 2017



Ceramah Isu Semasa di Kg Budi , Pokok Sena , 24 Ogos 2017 dirumah Pak Njang Man .
Kehadiran hampir 300 orang dikawasan yang diwar-warkan atau didakwa ramai ahli PAS yang telah bertukar warna tapi terjadi sebaliknya dengan sambutan yang menggalakkan dari penduduk kampung dan sekitarnya .

Alhamdulillah dengan penerangan dari Ustaz Salim Mahmood Al-Hafiz , Tn Haji Sanusi Md Noor serta Ustazah Aishah Bti Ghazali tentang isu semasa yang berlegar didalam media cetak serta media elektronik membuatkan ramai ahli-ahli PAS dan bukan ahli datang untuk mendengar berita yang sebenar dari penceramah sendiri .

Ramai yang terkejut dengan berita yang disampaikan dari penceramah banyak yang berbeza dengan media² cetak nasional yang banyak memesongkan dari perkara yang sebenarnya berlaku . Rata² penceramah berpesan agar semua yang hadir agar tidak mudah percaya dengan berita² yang tidak sahih terutama dari media elektronik seperti wasap yang banyak dipesongkan oleh pihak² yang tidak bertanggung jawab dan yang tidak bersetuju dengan PAS .

Ahli² PAS disarankan agar mendapatkan penerangan tentang sesuatu isu dari Akbar Rasmi PAS iaitu Harakah atau dari wakil² Cawangan atau Kawasan masing² atau di ceramah² PAS yang terdekat .







No comments:

Post a Comment