KENYATAAN MEDIA
DEWAN PEMUDA PAS NEGERI KEDAH.
04/11/2017 | 14 Safar 1438H
Selamat berjuang hulubalang Kedah!
Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah (DPPNK) mengucapkan selamat berjuang buat
wira-wira Kedah yang akan bermain bermati-matian demi mengharumkan nama
negeri Kedah dalam perlawanan akhir TM Piala Malaysia bertemu JDT pada
malam ini.
2. Saya mewakili semua pemuda PAS negeri Kedah
mengucapkan syabas dan tahniah buat semua pemain-pemain yang telah
menunjukkan persembahan yang sangat baik pada perlawanan sebelum ini
sehingga melangkah penuh bergaya ke perlawanan akhir TM Piala Malaysia
pada tahun ini.
3. Harapan kami semoga pasukan Kedah dapat
mengekalkan kejuaraan untuk memperolehi gelaran 'double' TM Piala
Malaysia yang telah dimiliki pada tahun lepas, sekaligus dapat
mengingatkan kita kejuaraan “double trouble” yang dimenangi Kedah ketika
di zaman pemerintahan PAS di bawah Allahyarham Tan Sri Dato' Seri DiRaja
Ustaz Haji Azizan bin Abdul Razak .
4. Kami juga berdiri teguh
di belakang pasukan helang merah dalam memberi sokongan yang padu buat
semua wira-wira Kedah yang akan berjuang di dalam gelanggang perjuangan
menentang JDT pada malam ini, selain rombongan bas daripada pemuda PAS
Kedah dibeberapa kawasan dalam negeri Kedah yang telah dan akan ke
Stadium Shah Alam, kami juga menyediakan tayangan skrin Final TM Piala
Malaysia di seluruh 15 kawasan dalam negeri Kedah, yang lebih istimewa
lagenda bola sepak Kedah Haji Radhi Mad Din akan turut bersama dengan
pemuda Kedah dalam tayangan skrin anjuran DACS DPPNK bertempat di Kg
Megat Dewa Jerlun pada malam ini. Semua ini adalah komitmen kami dalam
menyatakan sokongan yang tidak berbelah bahagi buat pasukan kesayangan
kami hijau kuning.
5. Saya juga telah sampai di Selangor
bertolak dari Kedah sejak kelmarin untuk menghadiri mesyuarat pemuda PAS
Malaysia sekaligus akan bersama-sama dengan penyokong hijau kuning di
Stadium Shah Alam pada malam ini untuk memberi sokongan kepada pasukan
Kedah.
6. Doa kami mengiringi pasukan Kedah dan semua penyokong
hijau kuning yang berada di Stadium Shah Alam pada malam ini. Semoga
perjalanan penyokong setia Kedah selamat pergi dan balik,tahniah dan
syabas buat penyokong hijau kuning!
“Jihad menuju kemenangan”
Ustaz Salim Mahmood
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS
Negeri Kedah
No comments:
Post a Comment