Selamat berjuang hulubalang Kedah!


KENYATAAN MEDIA
DEWAN PEMUDA PAS NEGERI KEDAH.
04/11/2017 | 14 Safar 1438H


Selamat berjuang hulubalang Kedah!



Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah (DPPNK) mengucapkan selamat berjuang buat wira-wira Kedah yang akan bermain bermati-matian demi mengharumkan nama negeri Kedah dalam perlawanan akhir TM Piala Malaysia bertemu JDT pada malam ini.
2. Saya mewakili semua pemuda PAS negeri Kedah mengucapkan syabas dan tahniah buat semua pemain-pemain yang telah menunjukkan persembahan yang sangat baik pada perlawanan sebelum ini sehingga melangkah penuh bergaya ke perlawanan akhir TM Piala Malaysia pada tahun ini.
3. Harapan kami semoga pasukan Kedah dapat mengekalkan kejuaraan untuk memperolehi gelaran 'double' TM Piala Malaysia yang telah dimiliki pada tahun lepas, sekaligus dapat mengingatkan kita kejuaraan “double trouble” yang dimenangi Kedah ketika di zaman pemerintahan PAS di bawah Allahyarham Tan Sri Dato' Seri DiRaja Ustaz Haji Azizan bin Abdul Razak .
4. Kami juga berdiri teguh di belakang pasukan helang merah dalam memberi sokongan yang padu buat semua wira-wira Kedah yang akan berjuang di dalam gelanggang perjuangan menentang JDT pada malam ini, selain rombongan bas daripada pemuda PAS Kedah dibeberapa kawasan dalam negeri Kedah yang telah dan akan ke Stadium Shah Alam, kami juga menyediakan tayangan skrin Final TM Piala Malaysia di seluruh 15 kawasan dalam negeri Kedah, yang lebih istimewa lagenda bola sepak Kedah Haji Radhi Mad Din akan turut bersama dengan pemuda Kedah dalam tayangan skrin anjuran DACS DPPNK bertempat di Kg Megat Dewa Jerlun pada malam ini. Semua ini adalah komitmen kami dalam menyatakan sokongan yang tidak berbelah bahagi buat pasukan kesayangan kami hijau kuning.
5. Saya juga telah sampai di Selangor bertolak dari Kedah sejak kelmarin untuk menghadiri mesyuarat pemuda PAS Malaysia sekaligus akan bersama-sama dengan penyokong hijau kuning di Stadium Shah Alam pada malam ini untuk memberi sokongan kepada pasukan Kedah.
6. Doa kami mengiringi pasukan Kedah dan semua penyokong hijau kuning yang berada di Stadium Shah Alam pada malam ini. Semoga perjalanan penyokong setia Kedah selamat pergi dan balik,tahniah dan syabas buat penyokong hijau kuning!
7. Untuk akhirnya sekali lagi saya mewakili seluruh anak muda PAS Kedah mengucapkan selamat berjuang buat hulubalang Kedah pada perlawanan akhir TM Piala Malaysia pada malam ini, bermain lah bersungguh-sungguh demi mengharumkan nama negeri Kedah, tahniah dan syabas buat semua pemain Kedah, anda adalah wira kami.




“Jihad menuju kemenangan”



Ustaz Salim Mahmood
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS
Negeri Kedah

No comments:

Post a Comment