- Biarpun diserang oleh pelbagai pihak termasuk cybertrooper yang
menggunakan ribuan fake account di alam siber, ternyata tidak
menjejaskan reputasi PAS sebagai sebuah gerakan Islam yang berpencak di
pentas politik tanahair.
- Fitnah musuh dan tohmahan mereka yang sakit hati dengan PAS saban ketika tidak menjadi kudis gatal kepada PAS.
- Cabaran didepani dengan sabar dan ancaman ditangani dengan tenang.
PAS terus mengatur langkah dengan tabah untuk melebarkan risalah
perjuangan dan meraih sokongan rakyat.
- Realiti kedudukan PAS terkini berasaskan data pendaftaran keahlian baharu :Tahun 2013 : 14,544
Tahun 2014 : 19,764
Tahun 2015 : 41,431
Tahun 2016 : 23,559
Tahun 2017 : 41,813Alhamdulillah, keahlian baharu PAS pada tahun ini mengatasi rekod keahlian PAS dalam tempoh 5 tahun kebelakangan ini. Menjadikan jumlah keahlian PAS dalam tempoh 5 tahun terakhir ini ialah 141,111 ahli baharu. - Justeru, ini satu bukti bahawa tohmahan PAS ditolak oleh rakyat mutakhir ini adalah tidak benar. Tanggapan bahawa PAS kian terpinggir dewasa kini juga salah. Insyaallah PAS akan terus memimpin gelombang kebangkitan Islam dan gerakan perubahan.
Sejahtera Bersama Islam
Sekian.
Oleh : Nasrudin bin Hassan
No comments:
Post a Comment