Tiga tokoh mengisytiharkan penyertaan bersama PAS sempena
Himpunan 12K Jentera Pilihan Raya PAS Kedah, bertempat di Kompleks PAS
Kedah, Kota Sarang Semut, di sini semalam.
Mereka ialah :
1. Mantan Mufti Kedah, Dato' Sheikh Badarudin Ahmad;
2. Mantan Pegawai Majlis Agama Islam Kedah, Sheikh Mohd Uzaidz Baharom
3. Mantan Penolong Pengarah JAKIM, Mahadir Mohd Noor.
1. Mantan Mufti Kedah, Dato' Sheikh Badarudin Ahmad;
2. Mantan Pegawai Majlis Agama Islam Kedah, Sheikh Mohd Uzaidz Baharom
3. Mantan Penolong Pengarah JAKIM, Mahadir Mohd Noor.
Mahadir Mohd Noor
ketika sempat ditemui Harakah mengatakan, pendekatan Budaya Politik
Matang dan Sejahtera(BPMS) yang dilaksanakan oleh PAS sekarang
menjadikan beliau tertarik untuk menyertai parti itu selain beberapa
perkara yang dilihat tidak ada pada parti lain. "Ikhlas saya
katakan, ahli-ahli dan pemimpin PAS ini ikhlas dan penat lelah mereka
tidak mengharapkan bayaran atau ganjaran," ujar beliau.
Selain
itu, beliau yang sejak dahulu sudah agak cenderung kepada PAS,
melahirkan rasa muak dan jelak dengan sandiwara pemimpin Umno-BN. Kebanyakannya mereka katanya, hanya berlakon di hadapan rakyat dan juga
rakus serta banyak melakukan penyelewengan di dalam pentadbiran. Beliau juga berkeyakinan PAS akan beroleh kemenangan maksimum
memandangkan gelombang momentum rakyat sekarang berpihak kepada PAS
termasuk sokongan hebat dari golongan muda.
"Saya juga menyokong
penuh PAS bertanding sendirian kerana PAS mempunyai kekuatannya
tersendiri dan mampu menarik sokongan rakyat," tambahnya lagi. Mengulas berkenaan kewujudan PH baginya, parti berkenaan tidak mendapat
sokongan ramai memandangkan ia sebuah parti yang dipimpin oleh bekas
pemimpin parti tertentu. Sudah tentu ujarnya, corak kepimpinan
mereka lebih kurang sama dengan Umno yang dilihat lebih kepada
bertelagah merebut 'panggu' (kepentingan) masing-masing.
Beliau
menerima sijil keahlian PAS dari Timbalan Presiden PAS, Dato' Ustaz Tuan
Ibrahim Tuan Man pada himpunan yang disertai sekitar 15,000 ahli PAS
itu. Walau bagaimanapun, dua orang tokoh lagi tidak dapat bersama
kerana mempunyai tugasan penting luar kawasan.
HARAKAHDAILY 29/10/2017
HARAKAHDAILY 29/10/2017
No comments:
Post a Comment