Sejak empat tahun terakhir ini, tidak
termasuk jumlah pendaftaran baru ahli pada bulan Disember 2017 yang akan
datang, PAS telah berjaya mendaftarkan lebih daripada 100 ribu ahli
baru di seluruh negara.
Tahun 2014 – 19,764 orang
Tahun 2015 – 41,431 orang
Tahun 2016 – 23,559 orang
Tahun 2017 – 38,949 orang (sehingga November)
Tahun 2015 – 41,431 orang
Tahun 2016 – 23,559 orang
Tahun 2017 – 38,949 orang (sehingga November)
Jumlah pendaftaran ahli baru PAS sejak 4 tahun terakhir ini berjumlah seramai 123,703 orang tidak termasuk bulan Disember 2017.
Pendaftaran ahli baru tahun 2017 mampu mengatasi jumlah pendaftaran ahli
tahun 2015 sekiranya pada bulan Disember 2017 nanti, pendaftaran ahli
baru dapat diluluskan sekurang-kurangnya 2,483 orang!
Secara tidak langsung, perkembangan ini membuktikan bahawa PAS sentiasa segar di dalam masyarakat walaupun adakala dilanda konflik dan krisis dalaman namun ia tidak merencatkan perkembangan PAS malah rekod yang dicatatkan telah menunjukkan PAS terus kukuh dipersada politik tanahair .
Pemfokusan terhadap pengurusan organisasi parti khususnya di bawah pentadbiran Dato’ Takiyuddin Hassan turut membantu menambahkan sokongan dan dokongan masyarakat kepada PAS. Membangunkan sistem pendaftaran keahlian di bawah Jabatan IT dan penyelarasan sistem memproses keahlian yang lebih sistematik turut memberikan kesan kepada pekembangan positif ini.
Kempen ‘PAS Pilihanku’ yang dimulakan pada awal tahun ini menampakkan
kesan kepada peningkatan ahli baru bagi tahun 2017. Kempen ini yang
dipengerusikan oleh Dato’ Iskandar Abdul Samad akan diteruskan dengan
pelbagai insentif pada tahun hadapan bagi merangsang PAS Kawasan untuk
mempergiatkan lagi usaha menambahkan keahlian PAS.
No comments:
Post a Comment