Pertandingan
tiga penjuru atau lebih pada PRU14 akan datang tidak menjejaskan PAS
malah menguntungkan parti itu, demikian menurut Adun Chukai, Hanafiah
Mat.
Katanya, sokongan
pengundi PAS pada PRU13 lalu masih kekal meski pun dengan kehadiran PAN
di mana rakyat peringkat akar umbi masih menaruh keyakinan besar kepada
PAS termasuk di kalangan pengundi Tionghua Dun Chukai.
"Sekarang ini, jika berlaku pertandingan tiga penjuru atau lebih
penyertaan Bersatu, kita (PAS) sangat mengalu-alukanlah. Kita yakin,
sebahagian ahli Umno akan memberi undi mereka kepada parti serpihan Umno
iaitu Bersatu.
"Undi PAS pada PRU13 lalu pula, tidak akan
terusik atau lari dengan kehadiran PAN. Ini kerana, setakat yang kita
temui rakyat di peringkat bawahan ini mereka (pengundi) masih menaruh
keyakinan yang besar kepada PAS. Begitu juga dengan orang Tionghua,"
ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Program
Khatan Perdana PAS Dun Chukai, di Surau Haji Muda, Geliga Kecil, Chukai
Kemaman, di sini kelmarin.
Oleh kerana itu kata Hanafiah, di
Dun Chukai yang diwakilinya mempunyai ramai orang Cina, hubungan baik
itu memberi sedikit kelebihan kepada beliau.
"Mereka (pengundi
Cina) ini apabila telah mempercayai kepada seseorang, dia akan terus
memberi kepercayaan itu dan saya yakin, pengundi Cina akan terus memberi
undi kepada saya berlandaskan hubungan baik antara kami dan beberapa
program dengan mereka.
"Saya mengalu-alukan pertandingan tiga
penjuru dan jika dengan penyertai parti PAN lagilah tidak ada masalah.
Di Dun Chukai, PAN tidak ada cawangan dan keahlian," jelasnya selaku
Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional (LPN) PAS Terengganu.
Selain itu kata beliau, penolakan rakyat terhadap parti pemerintah
Umno-BN semakin ketara sekali gus mengubah persepsi para pengundinya.
"Di Kemaman, perbalahan dalaman parti itu sangat kuat antara dua kem
(Ahmad Razif-Ahmad Said) dan menyebabkan rakyat 'fed up' (bosan) dan
mereka (pengundi) beranggapan lebih baik pada pilihan raya kali ini
diserahkan semula pemerintahan Terengganu kepada PAS sebagai kerajaan
yang baharu.
"Ketika pemerintahan PAS tahun 1999-2004 lalu,
mereka (rakyat) mendapat pelbagai habuan duit ehsan. Jadi apa salah kali
ini jika diberi mandat kepada PAS, mungkin akan mendapat lebih lagi
duit ehsan itu atau apa-apa pemberian dari Kerajaan Pusat. "Jika kena perkiraannya, tidak mustahil keempat-empat Dun boleh kita (PAS) menanginya pada PRU14, nanti," tegasnya.
Menurutnya, segala permasalahan itu telah mengubah persepsi orang
Kemaman untuk mengubah Kerajaan Umno-BN sedia ada kepada kerajaan baharu
PAS.
Cina (13.98) peratus dan
India hanya satu peratus.
Manakala, calon PAS, Hanafiah Mat berjaya memperolehi sebanyak 12,457 undi, calon BN, Dato Wan Ahmad Nizam Wan Abdul Hamid mendapat 10,011 undi dengan majoriti PAS berjumlah 2,446 undi
Sumber : HarakahDaily
No comments:
Post a Comment