AKHIRNYA TERBONGKAR JUA KEBENARAN


AKHIRNYA TERBONGKAR JUA KEBENARAN DI SEBALIK TUDUHAN DANGKAL.

Puas sudah di tuduh 2 MP PAS, YB Ustaz Idris Ahmad & YB Siti Zailah sebagai punca kekalahan undian belah bahagi Budget Perbekalan KPDNKK tempohari. Walaupun sudah lazim bertahun PAS berkecuali dalam Undian Budget, namun akibat kekalahan Pakatan Harapan ( PH ) dalam undian tersebut, segala jenis kutukan & cacian di halakan terhadap kedua MP PAS tersebut.

KEGAGALAN BN DALAM TEMPOH 5 TAHUN (2013-2017)


KEGAGALAN BN DALAM TEMPOH 5 TAHUN MEMERINTAH KEDAH (2013-2017)

PROJEK IKONIK KEDAH
1. Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP)
2. Bandaraya Aero Kedah (Kedah Aerocity)
3. Taman Sains & Teknologi Kedah (KSTP)
4. Bandaraya Sains Perubatan Kedah (KMSC)
5. Lebuhraya Sungai Petani- Kedah Inner express (SPIKE)
6. Terminal Perikanan Bersepadu Kedah (KIFT)
7. Bandaraya Getah Kedah (Kedah Rubber City)

Projek projek di atas mula diumumkan pada 2015 dan sehingga kini tidak ada satu pun projek di atas yang boleh dilihat kemajuannya di lapangan.

BENCANA YANG DITEMPAH DI ASIA BARAT


BENCANA YANG DITEMPAH DI ASIA BARAT
Sabda Rasulullah S.A.W. ويل للعرب من شر قد اقترب

Kemusnahan menimpa bangsa Arab, disebabkan kejahatan yang telah mendekati mereka” (Hadis Riwayat Bukhari)

Kita sedang menyaksikan betapa benarnya sabda Rasulullah S.A.W. yang menjadi tanda kerasulannya, menyebut perkara yang tidak berlaku pada zamannya, tetapi dapat dilihat pada zaman kita yang paling mutakhir. Ini disebut perkara ilmu Allah yang diberitahu kepadanya.

LEBIH 100 RIBU SERTAI PAS DALAM TEMPOH EMPAT TAHUN TERAKHIR


Sejak empat tahun terakhir ini, tidak termasuk jumlah pendaftaran baru ahli pada bulan Disember 2017 yang akan datang, PAS telah berjaya mendaftarkan lebih daripada 100 ribu ahli baru di seluruh negara.

Himpunan Kesyukuran dan Solat Hajat di Wisma Tok Guru


Himpunan Kesyukuran dan Solat Hajat semalam dihadiri oleh ribuan orang ramai memenuhi segenap ruang Wisma Tok Guru dan bahagian luarnya.

Sembang Santai PAS PS 5.0


Sembang Santai Penerangan PAS Pokok Sena 5.0 di Kampung Kepala Bendang bersama Mantan Exco Puteri UMNO, Sdri Wan Asshima bt Kamarudin..

Beliau menerangkan perkembangan terkini dan bagaiman beliau memilih PAS sebagai jalan perjuangan terkini. Mendoakan beliau terus istiqamah di dalam perjuangan memartabatkan Islam bersama PAS.

Makan Malam Dana PRU14 Pokok Sena



MAJLIS MAKAN MALAM DANA PRU 14 PAS KAWASAN POKOK SENA

Tarikh : 12 November 2017 (Ahad)
Masa : 8 Malam
Tempat : Kompleks PAS Kawasan Pokok Sena

DPPNK dan Jabatan Amal Kedah di Banjir Pulau Pinang


Ustaz Salim Mahmood meninjau kesan banjir yang melanda negeri jiran,Pulau Pinang. Beliau juga bersama kepimpinan DPPNK dan Jabatan Amal Kedah membantu mencuci rumah-rumah mangsa banjir selain membersihkan Pusat Kecemerlangan Asy Syafie,milik Ustaz Abdullah Khairi di Pongsu Seribu.

Selamat berjuang hulubalang Kedah!


KENYATAAN MEDIA
DEWAN PEMUDA PAS NEGERI KEDAH.
04/11/2017 | 14 Safar 1438H


Selamat berjuang hulubalang Kedah!



Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah (DPPNK) mengucapkan selamat berjuang buat wira-wira Kedah yang akan bermain bermati-matian demi mengharumkan nama negeri Kedah dalam perlawanan akhir TM Piala Malaysia bertemu JDT pada malam ini.

TIGA TOKOH ISYTIHAR SERTAI PAS



Tiga tokoh mengisytiharkan penyertaan bersama PAS sempena Himpunan 12K Jentera Pilihan Raya PAS Kedah, bertempat di Kompleks PAS Kedah, Kota Sarang Semut, di sini semalam.