PAS TOLAK BN & HARAPAN


Keengganan Pas menyertai PH setelah berkali2 diajak dan dipelawa oleh PH menyebabkan api dendam mereka kpd Pas semakin membara. Semakin marak dan meratah hangus hati yg sedia kecewa. Harapan mereka untuk menompang semangat juang jentera Pas bagi menghadapi PRU 14 hancur berkecai. Pas tetap ISTIQAMAH dengan keputusannya tidak akan bersama BN mahupun PH. Walau diberi amaran berkali2 bahawa dengan bersendiri Pas akan kehilangan banyak kerusi. Namun Pas terus ISTIQAMAH. Sangka mereka bagi Pas kerusi lebih utama daripada keteguhan mempertahankan iman dan Islam.

Dato Bashah muhong isu Balak


AKHBAR 14 Disember 2017 menyiarkan kenyataan Menteri Besar Kedah, Dato' Seri Ahmad Bashah Md Hanipah bahawa kelulusan pembalakan dan membangunkan ladang hutan di Hutan Simpan Bukit Enggang (HSBE) adalah keputusan Menteri Besar terdahulu. Beliau menyebutkan nama Almarhum Tan Sri Ustaz Azizan Abdul Razak selain Dato' Seri Mukhriz Mahathir. 

KEAHLIAN BAHARU PAS 2017 PECAH REKOD

KEAHLIAN BAHARU PAS 2017 PECAH REKOD

  1. Biarpun diserang oleh pelbagai pihak termasuk cybertrooper yang menggunakan ribuan fake account di alam siber, ternyata tidak menjejaskan reputasi PAS sebagai sebuah gerakan Islam yang berpencak di pentas politik tanahair.

Pertandingan tiga penjuru atau lebih tetap menguntungkan PAS


Pertandingan tiga penjuru atau lebih pada PRU14 akan datang tidak menjejaskan PAS malah menguntungkan parti itu, demikian menurut Adun Chukai, Hanafiah Mat.
Katanya, sokongan pengundi PAS pada PRU13 lalu masih kekal meski pun dengan kehadiran PAN di mana rakyat peringkat akar umbi masih menaruh keyakinan besar kepada PAS termasuk di kalangan pengundi Tionghua Dun Chukai.

AKHIRNYA TERBONGKAR JUA KEBENARAN


AKHIRNYA TERBONGKAR JUA KEBENARAN DI SEBALIK TUDUHAN DANGKAL.

Puas sudah di tuduh 2 MP PAS, YB Ustaz Idris Ahmad & YB Siti Zailah sebagai punca kekalahan undian belah bahagi Budget Perbekalan KPDNKK tempohari. Walaupun sudah lazim bertahun PAS berkecuali dalam Undian Budget, namun akibat kekalahan Pakatan Harapan ( PH ) dalam undian tersebut, segala jenis kutukan & cacian di halakan terhadap kedua MP PAS tersebut.

KEGAGALAN BN DALAM TEMPOH 5 TAHUN (2013-2017)


KEGAGALAN BN DALAM TEMPOH 5 TAHUN MEMERINTAH KEDAH (2013-2017)

PROJEK IKONIK KEDAH
1. Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP)
2. Bandaraya Aero Kedah (Kedah Aerocity)
3. Taman Sains & Teknologi Kedah (KSTP)
4. Bandaraya Sains Perubatan Kedah (KMSC)
5. Lebuhraya Sungai Petani- Kedah Inner express (SPIKE)
6. Terminal Perikanan Bersepadu Kedah (KIFT)
7. Bandaraya Getah Kedah (Kedah Rubber City)

Projek projek di atas mula diumumkan pada 2015 dan sehingga kini tidak ada satu pun projek di atas yang boleh dilihat kemajuannya di lapangan.

BENCANA YANG DITEMPAH DI ASIA BARAT


BENCANA YANG DITEMPAH DI ASIA BARAT
Sabda Rasulullah S.A.W. ويل للعرب من شر قد اقترب

Kemusnahan menimpa bangsa Arab, disebabkan kejahatan yang telah mendekati mereka” (Hadis Riwayat Bukhari)

Kita sedang menyaksikan betapa benarnya sabda Rasulullah S.A.W. yang menjadi tanda kerasulannya, menyebut perkara yang tidak berlaku pada zamannya, tetapi dapat dilihat pada zaman kita yang paling mutakhir. Ini disebut perkara ilmu Allah yang diberitahu kepadanya.

LEBIH 100 RIBU SERTAI PAS DALAM TEMPOH EMPAT TAHUN TERAKHIR


Sejak empat tahun terakhir ini, tidak termasuk jumlah pendaftaran baru ahli pada bulan Disember 2017 yang akan datang, PAS telah berjaya mendaftarkan lebih daripada 100 ribu ahli baru di seluruh negara.

Himpunan Kesyukuran dan Solat Hajat di Wisma Tok Guru


Himpunan Kesyukuran dan Solat Hajat semalam dihadiri oleh ribuan orang ramai memenuhi segenap ruang Wisma Tok Guru dan bahagian luarnya.

Sembang Santai PAS PS 5.0


Sembang Santai Penerangan PAS Pokok Sena 5.0 di Kampung Kepala Bendang bersama Mantan Exco Puteri UMNO, Sdri Wan Asshima bt Kamarudin..

Beliau menerangkan perkembangan terkini dan bagaiman beliau memilih PAS sebagai jalan perjuangan terkini. Mendoakan beliau terus istiqamah di dalam perjuangan memartabatkan Islam bersama PAS.

Makan Malam Dana PRU14 Pokok Sena



MAJLIS MAKAN MALAM DANA PRU 14 PAS KAWASAN POKOK SENA

Tarikh : 12 November 2017 (Ahad)
Masa : 8 Malam
Tempat : Kompleks PAS Kawasan Pokok Sena

DPPNK dan Jabatan Amal Kedah di Banjir Pulau Pinang


Ustaz Salim Mahmood meninjau kesan banjir yang melanda negeri jiran,Pulau Pinang. Beliau juga bersama kepimpinan DPPNK dan Jabatan Amal Kedah membantu mencuci rumah-rumah mangsa banjir selain membersihkan Pusat Kecemerlangan Asy Syafie,milik Ustaz Abdullah Khairi di Pongsu Seribu.

Selamat berjuang hulubalang Kedah!


KENYATAAN MEDIA
DEWAN PEMUDA PAS NEGERI KEDAH.
04/11/2017 | 14 Safar 1438H


Selamat berjuang hulubalang Kedah!



Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah (DPPNK) mengucapkan selamat berjuang buat wira-wira Kedah yang akan bermain bermati-matian demi mengharumkan nama negeri Kedah dalam perlawanan akhir TM Piala Malaysia bertemu JDT pada malam ini.

TIGA TOKOH ISYTIHAR SERTAI PAS



Tiga tokoh mengisytiharkan penyertaan bersama PAS sempena Himpunan 12K Jentera Pilihan Raya PAS Kedah, bertempat di Kompleks PAS Kedah, Kota Sarang Semut, di sini semalam.

JIKA ISLAM MENTADBIR


ISLAM mengikut bahasa Al-Quran daripada perkataan Al-Din, tidak mampu ditakrifkan oleh perkataan agama dan ideologi dalam bahasa lain, kerana tidak menepati kesempurnaan maksud dan objektifnya secara ilmu dan amali.

Islam mampu membawa perubahan yang holistik yang tidak boleh dilakukan oleh agama dan ideologi lain, kerana semua sifat dan ciri yang positif dalam skop agama dan ideologi ada di dalam Islam dan menolak semua aspek negatif daripada semua pihak. Malahan Islam itu lebih sempurna daripada kedua-duanya, kerana banyak perkara dalam Islam tidak termasuk dalam lingkungan agama dan ideologi yang diketahui umum mengikut bahasa mereka.

PAS SEDIA PIKUL TANGGUNGJAWAB


Seruan Sejahtera Siri 1

Kelibat PAS di negeri jolokan 'Jelapang Padi' mencecah usia 65 tahun. Cawangan pertamanya adalah Bukit Besar yang dikemudi oleh Tuan Guru Haji Othman bin Haji Yunus pada tahun 1952. Kemudian, susul pula penubuhan Cawangan Bukit Aping tahun 1953. Pertambahan cawangan-cawangan PAS berterusan sehinggalah tertubuh Badan Perhubungan PAS Kedah pada April 1976.

Perutusan Ma’al Hijrah 1439H


RASULULLAH
S.A.W ada bersabda:

المهَاجِرُ مَنْ هَجَرَ مَا نَهَى اللهُ عَنْهُ


Yang bermaksud: “Orang-orang yang berhijrah ialah sesiapa yang meninggalkan perkara yang dilarang oleh Allah daripada melakukannya”. (Riwayat Bukhari dan Muslim)

FASTAQIM 2.0

“Fastaqim merupakan perkataan diambil dari Bahasa Arab yang bermaksud kebangkitan digerakkan untuk mencari kemenangan dan melaksanakan perintah Allah seperti didokong oleh PAS." Ustaz Nasrudin Hassan, Ketua Penerangan PAS Pusat

TAKZIAH kepada keluarga dan waris



Takziah kepada keluarga dan waris pelajar serta tenaga pengajar. Kita milik Allah semata dan sesungguhnya hanya kepadaNya semata kita kembali. "Semoga Allah memberikan pahala besar untukmu, menguatkan ketabahanmu, mengampuni orang yang telah meninggalkanmu, mengilhamkan kepadamu kesabaran dan mencurahkan pahala kepada engkau dengan sebab kesabaran"

SEMBANG SANTAI Di Surau Raudhatu AsSolihin


Dijemput beramai ramai ke Program Sembang Santai bersama YB Ust Mohd Nor Hamzah , ADUN Bukit Payong Terengganu , Ketua Penerangan PAS Terengganu di Surau Raudhatu AsSolihin , Kg Nawa , Pokok Sena pada 10.09.2017 Ahad Jam 5.00 petang .

Menu Panas : Laksa Buyung Panaih-panaih

TABUNG KEMANUSIAAN ANTARABANGSA - PASRelief


Penerangan Isu Rohingya & Semasa Umat Islam bersama Cikgu Azmi Abdul Hamid [ Presiden MAPIM ] di Himpunan Jentera Pemuda PAS Kedah KomPAS pada 09 September 2017 [ H9917 ] bersama kita menyumbang pada Tabung Kemanusiaan Antarabangsa PASRelief

Jabatan Amal Malaysia di Perbarisan Kemerdekaan ke 60



Jabatan Amal Malaysia di Perbarisan Kemerdekaan yang ke 60 Peringkat Negeri Selangor di Dataran Kemerdekaan Shah Alam , Selangor Darul Ehsan .

# BERAMAL KERANA ALLAH

Jom Ke Himpunan Jentera Pemuda Kedah [ H9917 ]



Jom Ke Himpunan Jentera Pemuda PAS Kedah pada 09-09-2017 di KomPAS Kedah

jumpa angpa disana !!!

Majlis Qorban 1438H Di Surau Raudhatu AsSolihin

Majlis Ibadah Qurban 1438H di Surau Raudhatu AsSolihin , 02 September 2017 , 9.00 pagi bersama anak qariah Kg Nawa , terima kasih kepada yang menjalankan Ibadah Qurban serta yang turut serta membantu menjayakan majlis Ibadah Qurban . Kerjasama dan persefahaman diantara anak² qariah melicinkan lagi urusan .

Solat Aidil Adha Di Surau Raudhatu AsSolihin


Solat Sunat Aidil Adha di Surau Raudhatu AsSolihin , 01 September 2017 , 8.30 pagi . Khutbah disampaikan oleh Ustaz Zubir Bin Morat , Ketua Pemuda PAS Cawangan Kg Nawa .

Perutusan Presiden PAS sempena Hari Raya Aidiladha 1438


SELURUH
umat Islam menyambut Hari Raya Aidiladha bukan sahaja bersempena ibadat haji yang menjadi salah satu daripada rukun Islam yang diwajibkan kepada mereka yang berkuasa dan mampu, bahkan juga bersempena memperingati sunnah Nabi Ibrahim A.S. yang disambung perjuangannya oleh Nabi Muhammad S.A.W.

MESYUARAT AJK CAWANGAN KG NAWA


Alhamdulillah , Mesyuarat AJK Cawangan Kg Nawa berjaya dibuat . Banyak perbincangan untuk persiapan gerakkerja untuk Pilihanraya 14 akan datang yang semakin hampir ,

PERUTUSAN HARI ULANG TAHUN KEMERDEKAAN KALI KE-60


Bersempena dengan kita memperingati Hari Kemerdekaan tanah air, marilah kita mengenang jasa para pahlawan kemerdekaan kita khususnya daripada kumpulan Islam daripada PAS bersama dengan pendukung Islam yang lain termasuk yang ada dalam kerajaan pada masa itu.

Sembang Santai Penerangan PAS Pokok Sena 2.0



Terima kasih semua yang hadir Sembang Santai Penerangan PAS Pokok Sena 2.0 pada 22 Ogos 2017 Selasa 5.00 Petang di Kedai Paksu Bakaq,UPU Hutan Kampung DUN Bukit Pinang..
Kehadiran yang memuaskan, moga soalan yang dijawab dengan baik dapat memberikan kepuasan dan pemahaman kepada yang bertanya , jamuan yang menyelerakan. Terima kasih sekali lagi kepada yang menyumbang dan yang berusaha membuat jamuan . Tahniah kepada Lajnah Penerangan PAS Pokok Sena yang menganjurkan program ini
Jumpa lagi bulan depan..

Ceramah Isu Semasa 24 Ogos 2017 Khamis


Ceramah Sidang DUN Kedah & Isu Semasa

Tarikh   :  24 Ogos 2017 Khamis
Masa     :  9.30 Malam
Lokasi   :  Rumah Pak Njang Man , Kg Budi , Pokok Sena ,
Semua Dijemput Hadir

Sembang Santai 22.08.2017 5.00 Petang


Sembang Santai Isu Semasa Menuju PRU 14

Tarikh  :  22.08.2017 Selasa
Masa     :  5.00 Petang


Bersama Dato' Dr Mohd Hayati Othman


Menu  :  Cucoq Udang Cucoq Chempedak , mai makan panaih-panaih

Ahli, pimpinan PAS perlu banyak menerang bukan hanya menyerang


ALHAMDULILLAH.
Solawat dan Salam ke atas Rasulillah, keluarga dan Sahabat baginda dan sesiapa yang mengikut dan membantu baginda sehingga ke Hari Pembalasan.
Allah berfirman:
ادْعُ إِلَىٰ سَبِيلِ رَبِّكَ بِالْحِكْمَةِ وَالْمَوْعِظَةِ الْحَسَنَةِ ۖ وَجَادِلْهُم بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ

"Hendaklah kamu berdakwah menyeru ke jalan Rabb kamu dengan Hikmah dan nasihat yang baik dan hendaklah kamu berbahas dengan mereka menggunakan perbahasan yang terbaik." (Surah al-Nahl ayat 125)

Keahlian PAS Semakin Bertambah ???


MESYUARAT
PAS Pusat Kali Ke-5 sesi 2017-2019 telah meluluskan sebanyak 2,751 orang permohonan Ahli Baharu PAS untuk bulan Ogos 2017.

Setiap bulan PAS Pusat meluluskan ribuan Ahli Baharu. Keahlian baharu PAS yang telah diluluskan sepanjang 2017 sehingga Ogos sudah melebihi jumlah keseluruhan 2016.

🔰 HIMPUNAN JENTERA PEMUDA PAS POKOK SENA 🔥



🔰 HIMPUNAN JENTERA PEMUDA PAS POKOK SENA🔥
Ayuh Anak Muda bersama kita berhimpun mempersiapkan Jentera Pilihanraya Pemuda PAS Pokok Sena menuju PRU-14 tidak lama lagi!
Tarikh : 25 Ogos 2017
Hari : Jumaat
Tempat : Kompleks PAS Kawasan Pokok Sena, Langgar Kedah
Masa : 9.00 Pagi - 12.00 Malam

Kemana kita esok Jumaat 11 Ogos 2017

Program kita bermula di Masjid Al-Bukhari , Alor Staq 


RUU 164 : Tragedi Malang


PARLIMEN
Malaysia mencatat sebuah lagi episod sejarah yang perlu dikenang semalam. 9 Ogos 2017 akan tertulis dalam memori mengerikan buat negara yang selama ini digelar sebagai sebuah negara Islam apabila rang undang-undang bagi meminda Akta Membaharui Undang-undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 atau dikenali juga sebagai Akta 164 diluluskan pada jam 1 pagi setelah dibahaskan selama beberapa jam di Parlimen.