Keengganan Pas menyertai PH setelah berkali2 diajak dan dipelawa oleh
PH menyebabkan api dendam mereka kpd Pas semakin membara. Semakin marak
dan meratah hangus hati yg sedia kecewa. Harapan mereka untuk menompang
semangat juang jentera Pas bagi menghadapi PRU 14 hancur berkecai. Pas
tetap ISTIQAMAH dengan keputusannya tidak akan bersama BN mahupun PH.
Walau diberi amaran berkali2 bahawa dengan bersendiri Pas akan
kehilangan banyak kerusi. Namun Pas terus ISTIQAMAH. Sangka mereka bagi Pas kerusi lebih utama daripada keteguhan mempertahankan iman dan Islam.
Tanpa mereka sedar. Keteguhan Pas dengan perinsip Islamnya telah memaut
hati banyak pihak menyandarkan keyakinan dan harapan kepada Pas. Ahli2
Pas yg sebelum ini menyisihkan diri dari Pas kerana tahaluf Pas bersama
Dap kini kembali kepada Pas. Ahli2 bawahan UMNO yg lemas dalam gelombang
perpecahan UMNO mula menyakini Pas sebagai Partai Islam yg tidak
tenggelam dengan serakah kebendaan. Mereka yg sebelum ini bertenggek di
atas pagar mula datang bersama Pas. Bahkan anak2 muda yg tercari2 sebuah
wadah yg ikhlas dan jujur mula mendekati Pas dan berjinak dengan
program2 kepemudaan yg ditawarkan oleh Pas. Kehadiran mereka ke Fastaqim
2.0 anjuran Pas baru2 ini telah menterjemahkan kecenderungan mereka
kepada Pas.
Pas ibarat sepohon pokok yg teguh. Akarnya kukuh mencengkam bumi dan dahan2nya merimbun rendang. Siapa sahaja boleh bersandar, berpaut dan berteduh dibawah bayang nya. Hembusan lembut bayu " politik matang dan sejahtera" yg ditiupkan oleh Pas telah benar2 mengulit mereka untuk selamanya dengan partai islam ini.
Pas terus melangkah. Walau di pukul kiri kanan penuh kesumat. Fitnah2 kpd pas dan pimpinannya bagai peluru2 sesat yg ditembak tanpa henti. Namun Pas tidak peduli. Agenda kita ialah menyelamatkan Negara dan rakyat ini dengan islam. Bahkan bukan sahaja di SINI namun juga di SANA.
Setelah diserang begitu sekali. Namun Pas tidak berhenti melangkah. Menyebabkan musuh semakin terbakar. Lebih2 lagi melihat Pas terus mendapat sambutan dari semua lapisan masyarakat. Api dendam semakin besar. Percayalah akhirnya mereka akan hangus dalam bakaran api yg mereka hidupkan sendiri.

No comments:
Post a Comment