Naib Ketua Kesatuan Ulamak Sedunia Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi
Awang akan merasmikan program Ijtimak Pondok Dan Pusat Pengajian Islam
Terengganu.
Pengarahnya, Ustaz Muzaihar Kamal Mustafa Kamal berkata, objektif
program itu bertujuan menghimpunkan seluruh pondok dan sekolah agama
rakyat di negeri Terengganu. Katanya, ia adalah bagi mengeratkan sebuah ikatan hubungan, supaya
mereka melahirkan satu inisiatif berkumpul di bawah satu badan.
"Program ini akan berlangsung selama tiga hari bermula pada hari
Khamis, 25 hingga 27 Januari 2018 di Pondok Ibtidai Batu 22, Jalan Kuala
Berang, (Akan berakhir) jam lima petang pada hari Sabtu dengan resolusi
yang akan dibawa untuk pelancaran Rabitah Sekolah-sekolah Agama,"
ujarnya ketika ditemui.
Sehubungan itu, Mudir Maahad Tahfiz Wal Tarbiah (MTT) Tok Jiring
itu berkata, pelbagai program akan mengisi Ijtimak itu antaranya,
kuliah-kuliah yang disampaikan oleh para ulama dari Pattani, Thailand,
Kelantan dan Kedah. Menurutnya, di antara tokoh-tokoh pondok yang utama hadir ialah
Babali Sekam dan Baba Mat Nawi dari Pattani, Tuan Guru Haji Abdullah
dari Bukit Lada. "Kita juga ada tetamu darI luar negara iaitu Dr. Mohd Al Fateh
daripada Yaman yang merupakan Timbalan Rektor Jamiah Iman yang akan
memberi pengisian. Dan sepetang bersama dengan tokoh ulamak di
Terengganu iaitu Ustaz Azhar Idrus, pada jam lima petang hari Jumaat,"
jelasnya.
Justeru itu, beliau mewakili Jawatankuasa Panitia mengharapkan
Ijtimak yang diadakan Kali Pertama memberikan satu impak yang besar
kepada institusi pendidikan agama keseluruhannya. "Kita menghimpunkan tenaga-tenaga mereka yang sayangkan Islam dan
cintakan Islam serta cintakan agama untuk sama-sama bergabung untuk
menjayakan Ijtimak ini, Insya-Allah," tambah beliau. -
HARAKAHDAILY 24/1/2018
No comments:
Post a Comment