Kerajaan
Umno-BN hanya membaca data di atas kertas dan tidak turun kepada rakyat,
sedangkan realiti rakyat sangat menderita dan sebahagiannya terpaksa
ikat perut daripada berbelanja.
Timbalan Presiden PAS, Dato' Tuan
Ibrahim Tuan Man menegaskan, rakyat bertambah derita berpunca dengan kos
hidup yang meningkat serta bebanan Cukai Barangan dan Perkhidmatan
(GST).
Katanya, GST dikenakan kepada semua
golongan dan semua barang yang dibeli di mana ia menyebabkan kewangan
rakyat khususnya golongan sederhana dan bawahan merosot dan mereka
membeli barang-barang yang diperlukan sahaja.
"Kita tengok kedai menjual barangan
hiasan seperti kedai emas dan kenderaan, mereka ini tertekan kerana
barangan yang mereka jual bukan keperluan harian tetapi hiasan,"
katanya.
Tambah beliau, ia menunjukkan bahawa pembeli tidak akan membazir wang untuk membeli barang yang bukan diperlukan.
HARAKAHDAILY 14/2/2018
HARAKAHDAILY 14/2/2018
No comments:
Post a Comment