Joran SRITI RAS



SRITI Raudhatu AsSolihin menganjurkan pertandingan Joran SRITI RAS
pada 14 April 2018 ini . Pertandingan ini bertujuan untuk mengutip dana untuk pembinaan Bangunan SRITI Raudhatu AsSolihin .


ISLAM memandang kewujudan kepelbagaian kaum dan bangsa di Malaysia sebagai satu perkara positif berkonsepkan Masyarakat Madani. Setiap bangsa mempunyai kemahiran dan kepakaran tersendiri yang boleh dimanfaatkan untuk pembangunan masyarakat dan negara. Perlembagaan Persekutuan telah meletakkan asas yang kukuh berkaitan bangsa dan agama dengan menjadikan Islam sebagai agama persekutuan dan penganut agama lain bebas mengamalkannya tanpa paksaan dalam Islam dan adil untuk semua. 

Perjuangan PAS untuk selamatkan Malaysia


Perjuangan politik PAS bukan sekadar untuk menang di negeri Terengganu dan Kelantan sahaja tetapi bagi menyelamatkan Malaysia. Sehubungan itu, Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata partinya mengambil kira seluruh negeri yang ada di Malaysia.
 
Menurutnya, pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 ini PAS berusaha untuk bertanding sebanyak 130 kerusi daripada 222 kerusi parlimen negara. "Maka, kita (PAS) mengambil kira seluruh negeri yang ada di Malaysia, supaya kita mendapat kerusi dengan sebanyak-banyaknya. 

GST Punca Poket Rakyat TENAT



Kerajaan Umno-BN hanya membaca data di atas kertas dan tidak turun kepada rakyat, sedangkan realiti rakyat sangat menderita dan sebahagiannya terpaksa ikat perut daripada berbelanja.
Timbalan Presiden PAS, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man menegaskan, rakyat bertambah derita berpunca dengan kos hidup yang meningkat serta bebanan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Fitnah Modal Pelaris Berita


MEDIA mempunyai peranan yang penting kerana ia merupakan medium penyebaran maklumat yang mampu membentuk pemikiran masyarakat. Ia boleh jadi positif dan boleh juga jadi negatif. Ia boleh memutihkan yang kotor dan boleh menghitamkan yang suci. Saban hari, PAS senantiasa diserang daripada segenap sudut dan penjuru. Antara yang galak menyiar cereka fitnah dan berita spin terhadap PAS ialah portal berita web yang pro Pakatan Harapan (PH). Lihatlah teknik pemberitaan di portal web Malaysiakini, The Malaysian Insight, The Malaymail Online dan Free Malaysia Today.