Seruan Sejahtera Siri 1
Kelibat PAS di negeri jolokan 'Jelapang Padi' mencecah usia 65 tahun. Cawangan pertamanya adalah Bukit Besar
yang dikemudi oleh Tuan Guru Haji Othman bin Haji Yunus pada tahun
1952. Kemudian, susul pula penubuhan Cawangan Bukit Aping tahun 1953.
Pertambahan cawangan-cawangan PAS berterusan sehinggalah tertubuh Badan
Perhubungan PAS Kedah pada April 1976.
PAS tidak jemu berhadapan UMNO dalam setiap kali pilihanraya kecuali
tahun 1978 kerana berada dalam sarung cop Barisan Nasional. Sebelum
itu, UMNO bersama parti2 lain membentuk Perikatan berlambangkan Kapal
Layar, dan sekarang Barisan Nasional berlogokan Dacing, PAS tetap
bersemuka dengan mereka ketika merebut kerusi dalam pilihanraya.
Kelainan prinsip perjuangan antara PAS dan UMNO menjadikan kedua-dua
parti melayu ini bersaing di pentas politik tanahair apabila PAS
meletakkan dasar Islam sebagai cita-cita yang perlu dicapai.
Kekuatan PAS sehingga kini dipayungi komitmen ahli yang sentiasa
memperbanyakkan cawangan dan keahlian, disamping memperteguhkan
kefahaman menerusi program tarbiyyah yang berjalan. Gabungan sosok muda
dan tenaga lama luas pandangan membuatkan PAS kental mengharungi
gelombang politik negara.
Sejarah demokrasi Kedah menukilkan
bagaimana PAS tidak pernah kehilangan kerusi di DUN Kedah sejak tahun
1969. Cuma yang membezakan antara penggal ke penggal lain ialah jumlah
kerusi yang dimenangi.
Berada di saf Pembangkang dalam DUN
menjadi kebiasaan. Pas pernah dimandatkan rakyat mengetuai kerajaan
Negeri Kedah bersama Pakatan Rakyat, namun ditakdirkan kalah dalam
PRU13. Kali ini, PAS bertekad untuk meyakinkan rakyat bahawa PAS Kedah
sedia memikul tanggungjawab sebagai 'kerajaan menunggu' dan melaksanakan
amanah rakyat seperti mana pengalaman ketika al-marhum Tan Sri Ustaz
Azizan bin Abdul Razak memimpin Kedah dalam tempoh penggal lalu.
Marilah bersama PAS memperteguhkan Gagasan Sejahtera dalam mensejahterakan rakyat dan negeri Kedah Darulaman.
Dr.Ahmad Fakhruddin bin Sheikh FakhruraziPesuruhjaya PAS Kedah
2 Muharram 1439 H
23 September 2017
No comments:
Post a Comment