PAS SEDIA PIKUL TANGGUNGJAWAB


Seruan Sejahtera Siri 1

Kelibat PAS di negeri jolokan 'Jelapang Padi' mencecah usia 65 tahun. Cawangan pertamanya adalah Bukit Besar yang dikemudi oleh Tuan Guru Haji Othman bin Haji Yunus pada tahun 1952. Kemudian, susul pula penubuhan Cawangan Bukit Aping tahun 1953. Pertambahan cawangan-cawangan PAS berterusan sehinggalah tertubuh Badan Perhubungan PAS Kedah pada April 1976.

Perutusan Ma’al Hijrah 1439H


RASULULLAH
S.A.W ada bersabda:

المهَاجِرُ مَنْ هَجَرَ مَا نَهَى اللهُ عَنْهُ


Yang bermaksud: “Orang-orang yang berhijrah ialah sesiapa yang meninggalkan perkara yang dilarang oleh Allah daripada melakukannya”. (Riwayat Bukhari dan Muslim)

FASTAQIM 2.0

“Fastaqim merupakan perkataan diambil dari Bahasa Arab yang bermaksud kebangkitan digerakkan untuk mencari kemenangan dan melaksanakan perintah Allah seperti didokong oleh PAS." Ustaz Nasrudin Hassan, Ketua Penerangan PAS Pusat

TAKZIAH kepada keluarga dan waris



Takziah kepada keluarga dan waris pelajar serta tenaga pengajar. Kita milik Allah semata dan sesungguhnya hanya kepadaNya semata kita kembali. "Semoga Allah memberikan pahala besar untukmu, menguatkan ketabahanmu, mengampuni orang yang telah meninggalkanmu, mengilhamkan kepadamu kesabaran dan mencurahkan pahala kepada engkau dengan sebab kesabaran"

SEMBANG SANTAI Di Surau Raudhatu AsSolihin


Dijemput beramai ramai ke Program Sembang Santai bersama YB Ust Mohd Nor Hamzah , ADUN Bukit Payong Terengganu , Ketua Penerangan PAS Terengganu di Surau Raudhatu AsSolihin , Kg Nawa , Pokok Sena pada 10.09.2017 Ahad Jam 5.00 petang .

Menu Panas : Laksa Buyung Panaih-panaih

TABUNG KEMANUSIAAN ANTARABANGSA - PASRelief


Penerangan Isu Rohingya & Semasa Umat Islam bersama Cikgu Azmi Abdul Hamid [ Presiden MAPIM ] di Himpunan Jentera Pemuda PAS Kedah KomPAS pada 09 September 2017 [ H9917 ] bersama kita menyumbang pada Tabung Kemanusiaan Antarabangsa PASRelief

Jabatan Amal Malaysia di Perbarisan Kemerdekaan ke 60



Jabatan Amal Malaysia di Perbarisan Kemerdekaan yang ke 60 Peringkat Negeri Selangor di Dataran Kemerdekaan Shah Alam , Selangor Darul Ehsan .

# BERAMAL KERANA ALLAH

Jom Ke Himpunan Jentera Pemuda Kedah [ H9917 ]



Jom Ke Himpunan Jentera Pemuda PAS Kedah pada 09-09-2017 di KomPAS Kedah

jumpa angpa disana !!!

Majlis Qorban 1438H Di Surau Raudhatu AsSolihin

Majlis Ibadah Qurban 1438H di Surau Raudhatu AsSolihin , 02 September 2017 , 9.00 pagi bersama anak qariah Kg Nawa , terima kasih kepada yang menjalankan Ibadah Qurban serta yang turut serta membantu menjayakan majlis Ibadah Qurban . Kerjasama dan persefahaman diantara anak² qariah melicinkan lagi urusan .

Solat Aidil Adha Di Surau Raudhatu AsSolihin


Solat Sunat Aidil Adha di Surau Raudhatu AsSolihin , 01 September 2017 , 8.30 pagi . Khutbah disampaikan oleh Ustaz Zubir Bin Morat , Ketua Pemuda PAS Cawangan Kg Nawa .