KEGAGALAN BN DALAM TEMPOH 5 TAHUN MEMERINTAH KEDAH (2013-2017)
PROJEK IKONIK KEDAH
1. Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP)
2. Bandaraya Aero Kedah (Kedah Aerocity)
3. Taman Sains & Teknologi Kedah (KSTP)
4. Bandaraya Sains Perubatan Kedah (KMSC)
5. Lebuhraya Sungai Petani- Kedah Inner express (SPIKE)
6. Terminal Perikanan Bersepadu Kedah (KIFT)
7. Bandaraya Getah Kedah (Kedah Rubber City)
Projek projek di atas mula diumumkan pada 2015 dan sehingga kini tidak ada satu pun projek di atas yang boleh dilihat kemajuannya di lapangan.
KOLEJ UNIVERSITI INSANIAH, KUIN
Gagal mendapat taraf universiti penuh dalam masa pemerintahan BN walaupun kampus induk telah siap dibina dan mempunyai program pendidikan berjumlah 47 program apabila masih terdapat beberapa syarat tidak dapat dipenuhi akibat dari membuat keputusan yang silap iaitu berpindah balik ke kampus sementara di Mergong Alor Setar tanpa alasan yang kukuh. Ia menyebabkan “terencat” perkembangan dan kemajuan KUIN
BAYARAN KHARIAT KEMATIAN
Jumlah kematian diseluruh negeri Kedah adalah 40,208 orang (2014 -12,638 orang, 2015 -13,452 orang, Jan 2016 sehingga Julai 2016 - 5974 orang, [Ogos sehingga Disember tiada maklumat], Januari 2017 sehingga Julai 2017 - 8144 orang . Jumlah khariat kematian yang telah dibayar Negeri Kedah hanyalah 7,397 orang (2014 -28,800 orang, 2015 - 2,672 orang, 2016 2016 - 1845 orang, 2017 - ?? orang .
Baki belum bayar 32,811 orang yang bersamaan dengan 35,821 x RM250 seorang = RM8,955,250. Ini bermakna Kerajaan negeri Kedah telah berhutang hampir RM9juta dengan rakyat Kedah/waris simati di seluruh negeri Kedah hanya kerana dasar yang tidak realistik iaitu berjanji untuk memberikan bantuan khariat kematian kepada semua kes kematian di seluruh Negeri Kedah dengan kadar RM250 bagi setiap kes kematian
PENCAPAIAN MANIFESTO
Walaupun ada dakwaan mengatakan hampir kesemua janji2 BN dalam manifesto telah dilaksanakan tapi tidak nampak sebarang pencapaian yang hebat, sebaliknya rakyat tertekan dengan kesan GST dan kos sara hidup yang meningkat. Ini bermakna manifesto negeri oleh BN tidak membantu rakyat kedah.
GAGAL DAPAT PAMPASAN KAWASAN TADAHAN HUJAN RM39 SETAHUN
Walaupun kerajaan negeri dan Kerajaan Pusat dari parti yang sama (BN) tetapi gagal untuk mendapatkan sejumlah wang pampasan yang diputuskan dari kerajaan Pusat sebagai ganti apabila kawasan hutan dan didalamnya terdapat kawasan strategik utama seluas 1,156 km persegi yang melibatkan Empangan Pedu dan dan Ulu Muda tidak dijalankan pembalakan. Keputusan Jemaah Menteri pada 7 Mei 2003 memutuskan kawasan ini diwartakan sebagai Kawasan Perlindungan Ulu Muda dengan tiada sebarang aktiviti pembalakan boleh dijalankan. Pewartaan ini diimbangi dengan satu anggaran bayaran pampasan munasabah oleh kerajaan Pusat kepada Kerajaan Negeri dengan anggaran bayaran tahunan berjumlah RM39,295,360 setahun selama 30 tahun dengan bayaran pampasan keseluruhan bernilai RM1.178billion.
GAGAL MENGAWAL PEMBALAKAN YANG RAKUS
BN Kedah juga dilihat gagal untuk mengawal pembalakan yang dijalankan secara rakus oleh MBI di SIK dan Syarikat SSI di Wang Perah Padang Terap serta di Gunung Inas Baling.
Muhamad Sobri Osman
27.11.2017

No comments:
Post a Comment