Himpunan Kesyukuran dan Solat Hajat di Wisma Tok Guru


Himpunan Kesyukuran dan Solat Hajat semalam dihadiri oleh ribuan orang ramai memenuhi segenap ruang Wisma Tok Guru dan bahagian luarnya.

Himpunan berkenaan dimulai seawal 5.30 petang dengan Konvoi bermotor anak muda yang diketuai oleh Ketua Pemuda PAS Kelantan. Kuliah Maghrib Perdana dimajlis berkenaan telah disampaikan oleh Dato' Dr Johari Mat, Timb. Pesuruhjaya II usai solat maghrib berjemaah. Selepas solat hajat yang diimami oleh Tuan Guru Hj Nik Razi Nik Mat, adinda Almarhum Tok Guru, beliau turut menyampaikan pesanan ringkas sebagai mewakili keluarga Almarhum Tok Guru supaya nama Tok Guru tidak selewengkan dan diguna untuk kepentingan parti lain kerana Tok Guru istiqamah dalam PAS.
Turut berucap di himpunan berkenaan, YB Dato' Hj Mohd Amar Nik.Abdullah, Timb. Pesuruhjaya PAS I merangkap Timb. Menteri Besar Kelantan, YB Dato' Dr Mohd Fadzli Hassan, Timb. Pesuruhjaya PAS III, YB Dato' Hj Nasaruddin Daud, Ketua Penerangan PAS Kelantan, YB Ustaz Abdul Rahman Yunus, YDP PAS Kubang Kerian dan Ketua-Ketua Dewan; Ulama, Pemuda dan Muslimat
Permohonan injunksi Wisma Tok Guru ditolak.

- Plaintif tiada locus standi
- Tiada nama atas geran tanah.
- Jual beli adalah sah, dilakukan dengan rela hati.

Keputusan: Permohonan injunksi DITOLAK oleh Mahkamah Tinggi dengan kos RM7K

Tahniah para peguam !!!

No comments:

Post a Comment