ISLAM mengikut bahasa Al-Quran daripada perkataan
Al-Din, tidak mampu ditakrifkan oleh perkataan agama dan ideologi dalam
bahasa lain, kerana tidak menepati kesempurnaan maksud dan objektifnya
secara ilmu dan amali.
Islam mampu membawa perubahan yang holistik yang tidak boleh
dilakukan oleh agama dan ideologi lain, kerana semua sifat dan ciri yang
positif dalam skop agama dan ideologi ada di dalam Islam dan menolak
semua aspek negatif daripada semua pihak. Malahan Islam itu lebih
sempurna daripada kedua-duanya, kerana banyak perkara dalam Islam tidak
termasuk dalam lingkungan agama dan ideologi yang diketahui umum
mengikut bahasa mereka.